Skip to main content

Posts

Showing posts from September 19, 2010

Sistem penyiraman automatik

Sistem penyiraman automatik. Lepas ni guru2 kh perlu fikirkan pula macam mana nak bagi makanan ikan secara automatik. Tak perlu datang sekolah masa cuti

Pancing elektrik

PANCING elektrik adalah satu reka cipta yang sangat menarik. Ia menggunakan arus elektrik yang sangat rendah namun voltan yang sangat tinggi. Ia tidak berbahaya kerana konsepnya adalah seperti pencucuh dapur gas. Pancing elektrik ini boleh digunakan untuk menangkap ikan dalam sungai atau lopak seperti ikan limbat, keli dan yang kecil-kecil. Jika tenaganya cepat kehabisan pastikan menggunakan bateri yang lebih besar. Alatan yang digunakan: 1) Paip PVC bersaiz diameter 1/2 inci, sepanjang 4 kaki 2) Dua elbow 1/2 inci 3) Sambungan T 1/2 inci 4) Suis tekan (Push on switch) 5) Wayar sepanjang 15 kaki 6) Bateri motor 12V 7) Coil ignition kereta 8) Lidi basikal 9) Gam PVC Langkah 1 Potong paip PVC sepanjang empat kaki dan kemudian sambungkan T dan elbow dengan menggunakan gam PVC. Langkah 2 Bengkokkan lidi basikal seperti dalam rajah, kemudian lilitkan wayar yang telah dibuang penebat pada lidi basikal. Langkah 3 Masukkan lidi yang telah disambungkan dengan wayar tadi ke dalam elbow dan samb...

Alat penyiraman automatik

Apabila pulang berhari raya, sudah tentu pokok-pokok di hadapan rumah kita tidak berjirus sepanjang masa peninggalan kita. Bagi sesetengah daripada kita yang begitu menitik beratkan soal penjagaan pokok-pokok itu, anda mungkin berminat mengetahui bagaiman menyediakan cara alternatif penyiraman pokok secara automatik. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengaplikasikan sistem graviti bagi membantu masalah kita seperti rajah di yang disertakan. Dengan menggunakan botol air mineral, terlebih dahulu masukkan sepan ke dalam hujung tiub angin/tiub oksigen akuarium tersebut. Pastikan anda mengeluarkan air melalui tiub tersebut terlebih dahulu menggunakan kaedah sistem sifon. Apabila air telah keluar, maka sumbatkan sepan seketat yang boleh ke dalam hujung tiub tersebut. Dengan kaedah ini, secara automatik air akan terkeluar daripada botol tersebut apabila span itu telah kering Semakin besar botol yang digunakan, maka semakin lama anda boleh pulang bercuti. Selain itu, di dalam botol t...

Calon UPSR SKBH semoga berjaya

Kepada calon-calon UPSR. Semoga anda berjaya. Buat yang terbaik. 3 hari adalah masa yang pendek yang menetukan masa depan anda bertahun-tahun.

Kekalkan air untuk pokok

Alat ini mudah disediakan. menggunakan bahan2 terbuang. sesuai untuk projek KH.  Bagi mereka yang kerap meninggalkan rumah, balik kampung. 1. sediakan alatan seperti rajah 1 2 potong botol air itu jadi dua bahagian. untuk mudahkan kain dimasukkan. kemudian cantumkan kembali dengan menggunakan pita pelekat 3. tebuk bahagian2 botol itu dengan paku kecil @ jarum spt dalam rajah 4. lembabkan kain, dan siap. Tanam dalam tanah.