Skip to main content

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

TEKNIK MEMBUAT NOTA RINGKAS

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan. Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :
1. Pilih satu tajuk dan baca nota.
2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .
3. Baca dan garis fakta.
4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .
5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain.
6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .
7. Susun fakta ( jika perlu ).
8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .
9. Bandingkan apa yang kamu tulis.
10. Ulang hingga kamu puas hati.
11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.
12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji.
13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12 , sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.

Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata. Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :
• Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada karangan asal.
• Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang penting sahaja.
• Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan apabila membaca.
• Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.
• Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang tambahan atau isi penting.

Comments

Popular posts from this blog

Alat penyiraman automatik

Apabila pulang berhari raya, sudah tentu pokok-pokok di hadapan rumah kita tidak berjirus sepanjang masa peninggalan kita. Bagi sesetengah daripada kita yang begitu menitik beratkan soal penjagaan pokok-pokok itu, anda mungkin berminat mengetahui bagaiman menyediakan cara alternatif penyiraman pokok secara automatik. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan mengaplikasikan sistem graviti bagi membantu masalah kita seperti rajah di yang disertakan. Dengan menggunakan botol air mineral, terlebih dahulu masukkan sepan ke dalam hujung tiub angin/tiub oksigen akuarium tersebut. Pastikan anda mengeluarkan air melalui tiub tersebut terlebih dahulu menggunakan kaedah sistem sifon. Apabila air telah keluar, maka sumbatkan sepan seketat yang boleh ke dalam hujung tiub tersebut. Dengan kaedah ini, secara automatik air akan terkeluar daripada botol tersebut apabila span itu telah kering Semakin besar botol yang digunakan, maka semakin lama anda boleh pulang bercuti. Selain itu, di dalam botol t...

Inovasi daripada bahan terbuang

AZIZUDIN Aziz menunjukkan tanglung yang dihasilkan daripada jerami yang telah diproses. – Gambar BAIZURA HARUN ANTARA yang terkenal di negeri Kedah sudah tentulah kehijauan sawah padinya yang saujana mata memandang, sehingga ia diberi jolokan 'Negeri Jelapang Padi'. Kalau ada padi sudah tentu ada jerami dan sekam padi sebagai bahan buangan, yang kuantitinya mungkin lebih banyak berbanding dengan beras yang dihasilkan setiap kali tiba musim menuai. Lazimnya, kaedah konvensional bagi melupuskan jerami dan sekam padi yang menimbun ialah dengan membakar. Kaedah ini memang menjimatkan, tetapi memberi kesan besar kepada alam sekitar. Asap daripada pembakaran tersebut bukan saja mencemarkan udara, malah membahayakan kerana sudah banyak kes kemalangan jalan raya dilaporkan akibat asap daripada pembakaran jerami menghalang pandangan pengguna kenderaan. Keadaan ini mendorong pihak-pihak tertentu termasuk Universiti Sains Malaysia (USM) membuat kajian bagaimana untuk memanfaatkan bah...

Penyaman udara buatan sendiri

Menyejukkan bilik atau ruang rehat tanpa memikirkan bil elektrik yang mungkin meningkat daripada biasa. Alatan yang digunakan: *Kipas ( kipas meja ) *Papan tebal lima inci lebar x 1.5 kaki panjang x 10 milimeter (mm) tebal> dua keping *Papan tebal 5 incilebar x dua kaki panjang x 10mm tebal > dua keping *Jaring nyamuk ( 2 kaki x 1.5 kaki ) - sekeping *Kain lampin *Paku *Bekas takung air Langkah 1 Bina bingkai kayu dari papan lima inci hasil kotak berukuran 1.5 kaki x 2 kaki x 5 inci Langkah 2 Tutupkan bahagian belakang kotak kayu dengan meletakkan jaring nyamuk menggunakan paku. Pastikan jaring berada dalam keadaan tegang . Langkah 3 Basahkan kain lampin kemudian tutup bahagian belakang jaring tadi dengan kemas. Langkah 4 Gunakan bekas takungan air yang dapat memuatkan saiz kotak kayu, isi air sehingga separuh bahagian takungan. Masukkan bingkai kayu yang telah siap dipasang dengan jaring dan lampin tersebut ke dalam bekas takungan air. Pastikan bahagian baw...